Logo rekaan Nordiyana Mohamad Azmie ini memiliki empat warna iaitu putih, hitam, merah kuning dan biru.
Putih melatari logo melambangkan lembaran kertas dan warna hitam mewakili coretan dakwat atasnya sebagai medan para ilmuan.
Sementara khat Iqra’ berwarna merah kuning mewakili perlambangan ilmuan hasil nukilan penulis khat Pusat Kesenian Islam, Yayasan Restu dan di sempadani dengan warna biru mewakili wilayah Darulaman dan panduan hukum.