Datuk Dr Bashir Ahmad Fateh Mohamed
TOKOH ILMUAN DARULAMAN 2020 |
|||
TAHUN : Nama : Bidang : Disiplin : |
2020 Datuk Dr Bashir Ahmad Fateh Mohamed Ikhtisas Perubatan Veterinar |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Datuk Dr Bashir Ahmad Fateh Mohamed kelahiran Kupang, Baling Kedah pada 7 Disember 1955. Beliau merupakan seorang pakar perunding perubatan dan pembedahan ekuin serta merupakan mantan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar. Dr Bashir mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kupang (1962-1963) dan kemudian Sekolah Kebangsaan Pulai, Baling (1964-67) sebelum ke Sekolah Menengah Tunku Putra (1968-72) dan Sekolah Menengah Ibrahim (1972-1975). Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (1976-1981) dan lulus Doktor Perubatan Veterinar (DVM). Pada tahun 1982 beliau mengikuti pendidikan pasca siswazah di University of Melbourne dan lulus Sarjana Sains Veterinar (MVS), 1983. Seterusnya beliau lulus PhD, 2008 dari UPM dengan pengkhususan dalam bidang perubatan dan pembedahan ekuin serta turut diiktiraf sebagai Fellow of Malaysian College of Veterinary Specialist, 2018 (FMCVS). Dr Bashir telah menyertai UPM sebagai tutor semenjak 1981 dan dilantik menjadi pensyarah pada tahun 1984 serta kekal berkhidmat sehingga bersara pada tahun 2015. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hospital Veterinar, Timbalam Dekan Pembangunan dan Kewangan, Timbalan Dekan Hospital Veterinar sebelum menjadi Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (2008-2012). Setelah bersara kepakaran beliau terus ditagih untuk mengajar disiplin perubatan dan pembedahan ekuin. Dr Bashir merupakan antara doktor veterinar yang diiktiraf oleh Federation Equestre Internationale (FEI) untuk mengawasi dan menghakimi pertandingan sukan ekuin antarabangsa. Semua kuda yang bertanding di peringkat antarabngsa perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FEI dan OIE ( Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia). Pengiktirafan itu telah membolehkan Malaysia untuk turut menjadi penganjur acara sukan ekuestrian saperti dressage, eventing, lompatan dan perlumbaan kuda lasak tempatan dan antarabangsa. Untuk itu Dr Bashir terlibat dipelbagai pertandingan ekuin antarabangsa termasuklah dalam siri Piala Dunia, Asia, Sukan SEA. Beliau juga sering menjadi delegasi Malaysia dalam pelbagai persidangan antarabangsa berkisar pendidikan perubatan veterinar dan turut terlibat dalam penetapan piawaan global kompetensi perubatan veterinary bersama OIE dan FEI. Sebagai Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Dr Bashir telah berjaya membimbing ramai veterinawan muda terutama dalam kepakaran perubatan dan pembedahan ekuin. Pada hari ini industri dan sukan ekuin telah semakin maju di Malaysia yang turut diminati segenap lapisan masyarakat dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat sihat. Beberapa ahli sukan ekuin negara juga telah berjaya mencipta nama di pentas dunia. Datuk Dr Bashir Ahmad Fateh Mohamed menjadi antara tokoh penting dalam pembangunan industri ekuin, sukan ekustrian, pendidikan ilmu perubatan veterinar terutama dalam kepakaran perubatan dan pembedahan ekuin di Malaysia. Pada tahun 2011 beliau di anugerahi Darjah Panglima Jasa Negara oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. |
||