Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid



 2019.jpg

 

 TOKOH ILMUAN DARULAMAN 2019

     
Prof._Dato____Dr._Syed_Mohamed_Aljunid_Syed_Junid.png

 TAHUN :

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 2019

 Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid

 Ikhtisas

 Perubatan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid dilahirkan di Kampung Pantai Perai, Kedah pada 20 Ogos 1959. Beliau seorang pakar runding kanan perubatan kesihatan awam dan ekonomi kesihatan. Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau dan mengaji al Quran dengan Ustaz Haji Daud dan Haji Ismail. Seterusnya ke Sekolah Menengah Batu Dua (kini Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijaya Setia); Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani dan matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras sebelum ke UKM dan lulus Doktor Perubatan, 1985. Kemudian menyambung pengajian ke National University Singapore dan lulus Sarjana Sains (Kesihatan Awam)1989. Beliau adalah rakyat Malaysia pertama yang memperolehi PhD dalam ekonomi dan pembiayaan kesihatan dari London School of Hygiene and Tropical Medicine,1995. Semasa mengikuti pengajian PhD di London, beliau mendapat biasiswa Overseas Research Scholarship dibawah tajaan kerajaan Britain.

Syed Mohamed Aljunid memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah (1986−1988) sebelum menjadi pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan,UKM hinggalah dilantik sebagai Profesor Perubatan Kesihatan Awam dan Ekonomi Kesihatan pada tahun 2000. Beliau kemudian dipinjamkan sebagai Felo Penyelidik Kanan International Institute for Global Health, United Natios University (2007-2014) . Pada tahun 2013, menjadi ketua dan pengasas Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengkodan Klinikal, UKM. Pada tahun 2016, sekali lagi beliau dipinjamkan sebagai Profesor Pengasas dan Pemegang Kerusi, Jabatan Dasar Kesihatan dan Pengurusan, Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Kuwait.

Perhatian beliau tertumpu dalam penyelidikan dasar, ekonomi dan pembiayaan kesihatan bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di negara membangun. Beliau menjadi pelopor dalam pelaksanakan sistem casemix untuk kaedah bayaran kepada penyedia perkhidmatan di bawah program Insuran Sosial Kesihatan. Beliau terlibat dengan program ini di Malaysia, Indonesia, Filipina, Mongolia, Vietnam, Bhutan, China, Arab Saudi, UAE, Sudan, Nepal, Uruguay, Iran, Chile, Kenya and Ghana. Syor beliau dalam Insurans Sosial Kesihatan telah dilaksana di Indonesia, Filipina, Vietnam dan kini di Malaysia.
Beliau juga telah membimbing 42 graduan PhD dan 29 graduan sarjana serta menghasilkan lebih 200 penerbitan ilmiah, 255 pembentangan dan menulis 25 buah buku dan makalah. Beliau aktif dalam pelbagai badan professional serta mempengerusi dan menduduki pelbagai jawatankuasa WHO diperingkat antarabangsa dan menjadi Presiden Pengasas Malaysian Health Economics Association dan Malaysian Society of Pharmacoeconomics and Outcome Research dan Presiden Public Health Pysicians’ Association of Malaysia.

Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamad Aljunid bin Syed Junid merupakan seorang pelajar perubatan yang cemerlang dan pernah menerima Anugerah Penyelidik Muda,1999. Pada tahun 2000, beliau dianugerahi Felo Akademi Perubatan, 2002; Felo Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, 2010 dan Felo Akademi Sains Malaysia, 2018. Beliau dianugerahi Dato’ Setia Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, 2008. Pada tahun 2006 beliau telah terpilih untuk menerima Anugerah Citra UKM sebagai mengharumkan nama UKM diarena akademik peringkat antarabangsa.
Prof Dato Dr Syed Mohamed Aljunid telah melakar kejayaan itu bersama Datin Rukiah Hashim dan empat orang anak mereka. Beliau menasihati pelajar supaya komited, cekal dan tidak mudah berputus asa kerana untuk mencapai sesuatu tahap kepakaran memerlukan proses pembelajaran yang panjang.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman