Hj Abdul Ghani bin Hj Awang
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Hj Abdul Ghani bin Hj Awang Sosio Budaya Agama Kubang Siam, Alor Janggus N/A |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Haji Abdul Ghani bin Haji Awang digelar “ Tok Syeikh” mengguna nama pena “ Abdul Ghani Hamzah al-Saiburi” merupakan seorang tokoh ulama Kedah. Beliau di lahirkan di Kubang Siam, Alor Janggus pada tahun 1888. Beliau mengaji al- Quran dengan bapa saudaranya Hj Adam bin Hussain di Kubang Siam dan melenditkan bacaannya dengan Haji Ahmad Jaka di Patani. Beliau meneruskan pengajian dengan bapanya Haji Awang dan berulang-alik ke pondok Tuan Guru Haji Muhammad Saad di Kubang Bongor. Kemudian beliau melanjutkan pengajian dengan Tok Ayah Bermin, Patani sebelum menyambung pengajian dengn Tok Sayid selama setahun. Beliau kemudian ke Mekah dan tinggal dengan bapa saudaranya bernama Haji Abdul Mutalib. Haji Abdul Ghani telah berguru dengan Syeikh Daud bin Mustaffa al-Fatani, Haji Abdullah Senggora al-Hafiz (bidang pengajian al-Quran), Haji Yahya Reman (pakar ilmu Fiqah), Tuan Omar Sembawa dan Tuan Ahmad Khatib Syarbani ketika di Mekah. Haji Abdul Ghani pulang ke tanahair pada tahun 1915 dan tinggal di Kubang Siam dengan keluarganya sebelum ke Pondok Tuan Hussain Kedah di Bagan Ulu, Kuala Merbok untuk membantu mengajar disana.Selepas lapan tahun beliau berpindah mengikut Tuan Hussain ke pondok baru di Kampung Selengkoh .Sekitar tahun 1922, Haji Abdul Ghani berangkat pergi ke Mekah menunaikan fardu haji sekali lagi dan menemui gurunya di sana. Ketika itu berlaku peperangan di Arab dan pada tahun 1924 beliau balik dengan menumpang kapal India dan tersangkut di Bombay selama tiga bulan. Pada tahun 1925 Haji Ghani telah membuka pondok di Tandop, Alor Star. Beliau mengajar pelbagai mata pelajaran seperti Nahu, Saraf, Fikah, Tauhid, Tafsir, Hadis dan Usuluddin. Haji Abdul Ghani juga mengajar kitab jawi kepada orang kampung. Pada tahun 1927, beliau dilantik sebagai Kadi Daerah Kulim. Beliau kemudian dilantik Penolong Kadi Besar Negeri sehingga tahun 1943 dan diminta menyambungkan perkhidmatannya selepas bersara. Beliau telah menulis sekurangnya tiga buah risalah termasuk "Qurratul 'Ain" pada tahun 1928. Risalah itu membicarakan Tauhid berkaitan dengan "Sifat Dua Puluh" dan "Sifat Nabi Yang Empat". Pada 24 Januari 1951, Haji Abdul Ghani telah terjatuh kerana pitam dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 63 tahun. Beliau berkahwin dengan Cik Meriam bin Hussain dan antara anaknya Muhammad Said, Masud dan Abdullah. |
||