Hj Yahya Toha
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Hj Yahya Toha Sosio Budaya Agama Kampong Pisang, Kupang Baling |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Hj Yahya Toha dilahirkan di Kampong Pisang, Kupang, Baling, Kedah pada tahun 1906. Beliau memperolehi pendidikan agama sejak kecil dan seterusnya meneruskan pengajian di Pondok Kemelong, Sik, Kedah. Dalam usia 18 tahun beliau melanjutkan pengajian ke Mekah untuk menuntut ilmu. Beliau menuntut ilmu antaranya dari Haji Wan Daud Patani, Haji Yahya al-Ramani, Haji Noor al-Ramani serta Syeikh Mokhtar dan Syekh al-Ihya’ dari Indonesia. Beliau mengaji selama 12 dan kembali ke Kedah pada tahun 1935 ketia berusia 30 tahun. Setelah kembali beliau mula mengajar mengajar al-Quran dan ilmu agama menggunakan kitab Arab di rumahnya pada waktu malam dan pagi Jumaat. Kemudian Madrasah Al-Khairiah Kampong Pisang atau Pondok Kampong Pisang telah di bangunkan. Madrasah tersebut kini dikenali sebagai Yayasan al-Khairiah yang kini mempunyai pelajar mencecah 3,000 orang. Madrasah tersebut telah melahirkan ramai tokoh ulama. Tuan Guru Haji Yahya telah meninggal pada hari Khamis Jun 1959 meninggalkan tiga orang balu dan 15 orang anak. |
||