Ir Dr Mohamad Pauzi Abdul Ghani



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
Ir_Dr_Mohamad_Pauzi_Abdul_Ghani.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Ir Dr Mohamad Pauzi Abdul Ghani

 Ikhtisas

 Kejuruteraan Marin

 Kg Baru, Siong

 Baling

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Ir Dr Mohamad Pauzi Abdul Ghani kelahiran Kg Baru, Siong, Baling, Kedah pada 3 Julai 1963. Lulus Diploma Teknologi Marin, UTM, 1984. Seterusnya ke University of Glasgow, UK dan lulus Sarjana Muda (Kepujian) Seni bina Kapal & Kejuruteraan Lautan, 1987; Sarjana Sains, Teknologi Marin, University Newcastle Upon Tyne, 1990 dan memperolehi PhD daripada University of Southhampton dalam bidang Sains Perkapalan, 2003.

Memulakan kerjaya dengan MSE di Pasir Gudang sebagai ekskutif teknikal, 1984 sebelum menyertai UTM sebagai pensyarah, 1985 di Makmal Teknologi Marin, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sehinggalah dilantik sebagai Pengarah Pusat Teknologi Marin, UTM dan Ketua Makmal Teknologi Marin. Beliau merupakan ahli IEM dan menjadi jurutera bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kepakaran beliau dalam teknologi marin, seni bina kapal, dan sains perkapalan terutama hidrodinamik gunaan serta telah menghasilkan lebih 47 buah kertas ilmiah disamping menterjemah buku Elemen Rekabentuk Kapal karya R. Munro Smith. Beliau kembali kerahmatullah pada 9 Oktober 2015 meninggal isteri dan 4 orang anak ketika berusia 52 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman