Md Zain @ Halim Hassan



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Md_Zain___Halim_Hassan.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Md Zain @ Halim Hassan

 Sosio Budaya

 Sastera

 Kampong Tandop Batu 3

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Md Zain @ Halim Hassan lebih dikenali M.Z. Halim Hassan kelahiran Kampong Tandop Batu 3, Alor Setar pada 14 Mac 1944. Mendapat pendidikan awal di Johor termasuk Segamat (1951- 1956) dan kemudian ke Kolej Sultan Abdul Hamid (1957- 1962). Memula kerjaya sebagai guru sementara di Sekolah Keb. Kuala Pegang, Lanai, Bukit Raya Dalam dan Tandop. Kemudian bekerja dengan Persatuan Guru-Guru Melayu Negeri Kedah. Beliau ke RTM Kuala Lumpur dan kemudian bersama Koperasi Bumiputera Kedah Berhad.

Beliau juga merupakan penulis skrip drama radio yang prolific dengan skrip pertama beliau " Antara Dua Simpang " terbitan Hashim Embi dari Radio Malaysia Pulau Pinang. Beliau turut menyumbang skrip siri Fajar di Bumi Permata , di pelbagai program untuk RTM Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Alor Setar. Beliau menghasilkan lebih seribu skrip drama radio dan pernah menjadi juruhebah sambilan selama 3 Tahun di RTM Alor Setar. Beliau juga menulis skrip drama pentas dan penerbitanya antaranya Senja Merah, Tanjung Chali, Al-Kisah, Panglima Hitam . Manakala Skrip Awang Tok San di adaptasikan dari Novel Karya Noorjaya.

Beliau juga menulis berita dan rencana untuk akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan pernah menjadi penulis tetap untuk akhbar harian Utara Bintang Timur serta dalam ASASI dan menjadi Setiausaha Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad. Beliau juga turut menjadi pelakon radio dan TV disamping menulis berita dan rencana kepada Berita Harian, Utusan Melayu dan Bintang Timur.

Beliau turut bergerak aktif dalam 3PSK, ASASI dan KOSPEN dan menjadi Setiausaha Masjid Al Ehsan. Kini bertindak sebagai Ketua Unit Jenazah, Masjid Al Ehsan, Alor Setar. Mengiktiraf sumbangan dalam memeriah budaya kita beliau telah di anugerahi PJK oleh DYMM Sultan Kedah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 28 November 2019 dan dikebumikan di Alor Setar.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman