Dr Mat Saad Abdul Rahman



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Dr_Mat_Saad_Abdul_Rahman.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dr Mat Saad Abdul Rahman

 Sosio Budaya

 Agama

 Kedah

 Kedah

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dr Mat Saad Abdul Rahman kelahiran Kedah tahun 1942. Belajar di Maktab Mahmud ( 1955-1962), Kolej Islam Klang (1962-1965) lulus Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya ( Bahasa Arab), 1965 dan Diploma Pendidikan, 1966. Seterusnya ke Universiti Al Azhar, Kaherah pada tahun 1967 dan lulus Sarjana Sastera, 1970 dan PhD , 1979.

Beliau menjadi tutor (1972-1979) pensyarah (1979- 1984) dan Prof Madya ( 1984-1997) di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada tahun 1997-1999 beliau menyertai Universiti Brunei Darulsalam. Kemudian menjadi Felo Kanan, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM (1999- 2004). Beliau sekali lagi kembali ke Brunei sebagai Penyelidik Kanan , Pusat Kajian Mazhab Shafi’I, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (2008-1009). Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa Penal Kajian Syariah, Pusat Islam (semenjak 1997), AJK Undang-undang (Fatwa) Wilayah Persekutuan (1994-1997), Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan (1995-1997), Penasihat Syariah Bank Pertanian dan sebagainya.

Penulisan beliau termasuklah Undang-undang Jenayah Islam- Jenayah Qisas; Undang-undang Jenayah Islam- Jenayah Hudud; Kedudukan Orang-orang Bukan Islam Dalam Sejarah Pemerintahan Islam serta menulis Ensikolepedia Fuqaha dan Ensikolepedia Ulama. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Jumaat 11 April 2014 di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman