Mansor Ahmad Saman
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Mansor Ahmad Saman Sosio Budaya Kewartawanan Langkawi Langkawi |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Prof Mansor Ahmad Saman kelahiran Langkawi ,Kedah pada sekitar 1938. Beliau mendapat kelulusan Sarjana Muda Sains Kemanusian, USM (1970-1973). Kemadian melanjutkan pengajian di USA pada tahun 1974. Memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi (1974-2005). Beliau menjadi penulis pojok dibawah nama pena T.S Lanang serta giat menulis dalam majalah Dewan Masyarakat, Utusan Melayu jawi dan Berita Harian. Antara hasil penulisan beliau “Peranan media dalam masyarakat moden” DBP, 1996; “Penulisan dan media : satu kumpulan rencana” DBP , 1995. “Perutusan dalam pengurusan : kearah pengurusan berkesan” , Fajar Bakti, 1989, Asas pengurusan personel, ,Fajar Bakti, 1986; Asas pengurusan personel. Richard Wilbur : Fajar Bakti , 1986; Media di Malaysia : satu kumpulan esei DBP , 1983; Sungai Mekong = Mekong River / Latiff Mohidin ; terjemahan oleh Mansor Ahmad Saman DBP , 1981 dan Balada orang-orang yang ditinggalkan : kumpulan puisi 1972-1979 DBP , 1981. Beliau meninggal pada usia 70 tahun pada 7 Disember 2018 di Hospital Pulau Pinang (HPP), akibat komplikasi jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Sungai Ara. |
||