Kassim Ahmad
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Kassim Ahmad Sosio Budaya Sastera Bukit Pinang Kota Setar |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Kassim Ahmad kelahiran Bukit Pinang pada 9 September 1933. Mendapat Pendidikan di Sekolah Melayu Bandar Baharu dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Melanjutkan pelajaran ke UM Singapura. Mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies, University of London. Sekembali dari UK beliau menjadi guru sementara di Sekolah Abdullah Munshi , Pulau Pinang dan bergerak aktif dalam Parti Rakyat Malaysia. Beliau kemudian menetap di Kulim , 2007 dan bekerja sebagai pensyarah di USM. Tesis beliau “ Perwatakan Hang Tuah”, 1950 persoalkan kewajaran Hang Tuah sebagai hero serta menulis buku Hikayat Hang Tuah dan mencadangkan Hang Jebat sebagai hero orang Melayu. Kassim juga pernah ditahan di bawah ISA. Kemudian beliau menjadi seorang yang mempersoalkan peranan hadis. Hikayat Hang Tuah - diusahakan oleh Kassim Ahmad semasa menjadi pegawai penyelidik DBP. Beliau telah menulis sekurangnya 13 buah buku antara Universiti Kedua, Qua Vadis Bangsaku, Hadis Satu Penilaian Semula, Kemarau di Lembah. Sebahagian daripada karya beliau telah diterjemah ke Bahas Rusia. Beliau telah di anugerahi Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (1985), Anugerah GAPENA (1987) dan Anugerah Zaaba (2016). Beliau telah meninggal pada 10 Oktober 2017 dan disemadikan di Kulim, Kedah. |
||