Hanafi Ahmad



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Hanafi_Ahmad.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Hanafi Ahmad

 Sosio Budaya

 Ilmu Persilatan

 Sungai Baru

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Hanafi Ahmad atau lebih terkenal sebagai Ustaz Hanafi kelahiran Sungai Baru, Gunung, Kedah pada tahun 1923. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung dan seterusnya belajar di beberapa pondok di Kedah antaranya Pondok Alor Gonchar, 1933; Pondok Guar Chempedak, 1936 di samping beliau juga belajar dengan beberapa ulama, di Anak Bukit, Pantai Johor. Beliau juga banyak merantau seluruh negara menjual ubat serta bergiat aktif dalam politik terutama Parti Seberkas dan Parti Negara.

Melalui pengetahuan agama dan pertahanan diri yang dikutip , beliau telah membangunkan suatu kurikulum dan sistem latihan Silat Cekak serta menjadi Mahaguru Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Silat tersebut mengikut beliau berasas pada gerakan solat. Sementara nama silat ini diambil dari istilah Kedah " Makan Cekak". Ustaz Hanafi telah meninggal pada 13 Ogos 1986 pada usia 63 tahun. Beliau telah meninggalkan suatu ilmu persilatan yang menjadi amalan ratusan ribu muridnya di seluruh negara.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman