Goh Hock Guan
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Goh Hock Guan Ikhtisas Arkitek Kedah Kedah |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Ar. Goh Hock Guan kelahiran Kedah pada tahun 1939. Berkelulusan Sarjana Muda Arkitek dari University of Melbourne, Australia, 1958. Kemudian memperolehi Diploma Pasca Ijazah dalam Perncangan Bandar dan Desa. Beliau telah menubuhkan firma Arkitek Jururancang Malaysia Sdn Bhd yang banyak terlibat dalam pelbagai projek pembangunan termasuk lapangan terbang, pusat pengajian tinggi, hotel, perumahan dan perancangan bandar . Beliau menjadi ahli dalam dua profession iaitu arkitek dan perancang bandar serta menjadi ahli LAM, ahli Autralia Architect Board, Felo Royal Australia Institute of Architect, ahli Royal Institute of Bristish Architect, serta menjadi ahli Lembaga Perancangan Bandar Malaysia dan felo Malaysia Institute of Planner. Antara projek yang beliau terlibat termasuklah KLIA2, King Abdul Aziz International Airport, Jeddah, Universiti Malaysia Pahang serta pelbagai projek di Malaysia, ASEAN, Timur Tengah dan Asia Tengah. Beliau meninggal pada 28 Mac 2018 di Kuala Lumpur disemadikan di Nilai. |
||