Dr Ranu Mukherjee
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dr Ranu Mukherjee Ikhtisas Perubatan Alor Setar Kota Setar |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Dr Ranu Mukherjee kelahiran Alor Setar, 1948. Bersekolah di St Anne Convent , Kulim. Melanjut pelajaran ke Maulana Azad College, New Delhi, India dan lulus perubatan MBBS. Beliau seterusnya lulus Diploma Kesihatan Reproduktif. Beliau memulakan kerjaya dengan perkhidmatan kerajaan di Kedah. Kemudian dipinjamkan kepada Lembaga Perancang Keluarga dan menjadi Pengarah Perancang Keluarga Negeri Kedah dan Perlis sehingga persaraan pilihan beliau pada 1999. Beliau kemudian menubuhkan klinik swasta di Sungai Petani. Disamping itu beliau juga aktif dalam kerja kebajikan sekitar Sungai Petani. Dr Ranu Mukherjee telah dianugerahi Bintang Cemerlang Kedah dan Ahli Mangku Negara dan telah meninggal pada tahun 2009. |
||