Dato Wira Dr Haji Mohd Shariff Abu Samah



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Pengurusan

     
Dato_Wira_Dr_Haji_Mohd_Shariff_Abu_Samah.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Wira Dr Haji Mohd Shariff Abu Samah

 Pengurusan

 Pentadbiran

 Seberang Perak, Alor Setar

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Wira Dr Haji Mohd Shariff bin Abu Samah kelahiran Seberang Perak, Alor Setar pada 13 Februari 1942. Belajar di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar (1949-52) dan Sekolah Menengah St Micheal (1953-1960).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Sempadan dan menjawat pelbagai jawatan ketika dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sehingga menjadi Pegawai Daerah Pendang dan Pegawai Daerah Bandar Baharu serta bersara pada 1997. Setelah bersara, pada tahun 2000 beliau telah menyambung pengajian dan lulus Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, 2004, Sarjana Sains Kaunseling, 2007 dan PhD dalam Pentadiran Awam, 2010 daripada UUM.

Beliau juga dilantik karyawan tamu UUM di samping aktif dalam badan sukan, PERKIM Kedah serta hingga kini telah menghasilkan dua buku “ Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah 1895-1957” dan “ Majid Zahir Satu Abad di Nusantara 1915-2015.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman