Dato Wira Dr Affifudin Omar



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Dato_Wira_Dr_Affifudin_Omar.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Wira Dr Affifudin Omar

 Sosio Budaya

 Sastera/ Ekonomi

 Kubang Lembu, Kubang Pasu

 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Wira Dr Affifudin Hj. Omar dilahirkan di Kampung Kubang Lembu, Kubang Pasu, Kedah pada 27 Mac 1943. Mula belajar di Sekolah Melayu Jitra (1949- 1952) dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Pada tahun 1963, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya hingga lulus Sarjana Muda Sains Pertanian. Selepas itu, beliau ke Universiti of Kentucky, Amerika Syarikat atas biasiswa Yayasan Rockeffelar. Beliau lulus Sarjana Pembangunan Ekonomi dan Sosial pada tahun 1971. Sebelumnya beliau di anugerahi Sarjana Muda Sains Sosial yang diperolehinya dalam tempoh 10 bulan. Beliau kemudian lulus Ph.D. dalam bidang Ekonomi-Politik di Universiti Cornell, New York pada tahun 1978.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Malaysia, 1967 dan ditempatkan di Teluk Chengai. Kemudian mengetuai Bahagian Pertanian MADA, 1978 serta dilantik sebagai pakar kepada Bank Dunia, 1972 dan Bank Pembangunan Asia di Manila, 1973. Kemudian beliau menjadi Pengurus Besar MADA dan seterusnya sebagai Pengurus Besar KEDA pertama serta menjadi Pengerusi Bank Rakyat. Beliau juga terlibat dalam politik hingga Setiausaha Parlimen di Kementerian Kewangan dan Timbalan Menterinya,1994 dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, 1999.

Beliau telah berjaya menulis lebih dari 17 buah novel iaitu Tun Tuah-Wira dan Diplomat Terbilang, Dendam, Paradoks, Sesat, Dilema Seorang Rasis, Meniti Rindu, Rimba Dialektika, Mujahid Agong-Kisah Seorang Penjuang Kemerdekaan, Man Deleng, Melayu, Odisi Anak Kampar, Getir dan Seludup. Karya beliau, Mujahid Agong-Kisah Seorang Penjuang diasaskan pada kisah hidup bapanya hasil dari dorongan Tan Sri Rais Yatim. Daripada novel tersebut, tiga buah drama TV telah dihasilkan. Beliau menerima anugerah Fellow of Agricultural Development Council II dan Fellow of UN Socioeconomic Development Institute, Bintang Cemerlang Kedah, Kesatria Mangku Negara, Johan Setia Mahkota dan Dato' Setia DiRaja Kedah dan Darjah Kebesaran Gemilang Mahkota Kedah.

Beliau kembali kerahmatullah ketika berusia 75 tahun pada 10 April 2018 akibat kanser prostat dan dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman