Dato James Frederick Augustin
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
|
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dato James Frederick Augustin Sosio Budaya Sejarah Pulau Pinang Kuala Muda |
||
MAKLUMAT TOKOH |
||
| Dato James Frederick Ausgustin kelahiran di Pulau Pinang pada 13 September 1898. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Taiping, King Edward V11, Taiping sebelum ke St Xavier Institution, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru ketika berusia 17 tahun di St Xavier Institution tahun 1915-1917 sebelum berpindah ke Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1917 sehingga beliau menjadi guru besar 1941. Ketika perang beliau menjadi pengurus estet di Jabi, 1942-44 dan kemudiannya sebagai Penolong Penjaga Harta Musuh. Selepas perang beliau kembali menjadi guru di Kolej Sultan Abdul Hamid 1944-1946 sebelum berpindah menjadi guru besar Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani sehingga tahun 1953. Beliau kemudian menjadi Penolong Penguasa Pelajaran Kedah dan Perlis hingga bersara. Ketika bersara beliau terus menjadi pensyarah untuk Kelas Latihan Perguruan untuk guru sekolah Inggeris dan vernikular hingga tahun 1961. Pada tahun 1954 beliau dilantik menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Beliau aktif dalam gerakan pengakap dan St John Ambulance dan aktif dalam Persatuan Koperasi Kuala Muda, Persatuan Hoki Kedah, Persatuan Kriket Malaysia serta sering menyumbang rencana kepada Persatuan Sejarah Kedah. Beliau telah menulis sekurangnya 11 buah buku termasuklah Kedah Zaman Silam, Bygone Kedah dan The History of Kedah. Sebagai mengenang khidmat bakti beliau sebagai guru selama 48 tahun, beliau telah dianugerahi pelbagai pingat termasuklah sebagai Tokoh Guru Kedah, 1979 dan Tokoh Guru Kebangsaan, 1980. Beliau juga menerima kurnia dari Pope Medal Merenti Bene di Vitican City dan Knight Grand Cross of the Order of St Sylvester. Beliau meninggalkan pada 16 Oktober 1985 pada usia 87 tahun di Sungai Petani dan meninggal 10 orang anak lelaki. |
||


