Dato Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
|
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dato Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof Sosio Budaya Sejarah Taiping, Perak Kota Setar |
||
MAKLUMAT TOKOH |
||
| Dato Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof kelahiran Taiping, Perak pada 18 September 1932. Beliau menjadi guru termasuklah di SMK Pokok Sena dan aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan di anugerahi Tokoh Sejarah Negara menjadi Felo Persatuan Sejaharah Malaysia, 2011. Beliau juga pernah mengetuai ekspedisi kaji selidik sejarah dan membongkar tinggalan sejarah di Kedah dan menemui penemuan penting negara sebagai pengesahan keturunan lagenda rakyat Kedah, Puteri Mahsuri, di Kampung Kemala, Phuket, Thailand pada 1988. Beliau menulis banyak artikel sejarah dan sekurangnya 7 buah buku sejarah antaranya : Sejarah Menteri- Menteri Besar Kedah Darulaman (1830-2001), Kedah Darulaman Dalam Sejarah Liku-liku Perjuangan Menuju Kemerdekaan dan Kedah dalam Warisan Sejarah dan Budaya Nusantara. Beliau menjadi Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan kemudian menjadi penasihat persatuan ini . Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 19 Disember 2020 ketika berusia 88 tahun di Kedah Medical Centre. |
||


