Dato Dr Osman Din



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
Osman_Din.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Dr Osman Din

 Ikhtisas

 Perubatan Veterinar

 Seberang Perak

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Osman Din kelahiran Sebarang Perak, Alor Setar pada 2 April 1929. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Kolej Sultan Abdul Hamid, 1948. Melanjutkan pelajaran ke Royal Veterinary College, University of London, 1951 dan lulus Sarjana Muda Sains Veterinar dan di terima menjadi MRCVS , UK , 1956. Kemudian memperolehi Diploma Tropical of Veterinary Medicine, University of Edinburgh, 1961. Memulakan kejaya Pegawai Haiwan di Institut Haiwan Kluang, 1958.

Kemudian, beliau menjadi Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Negeri Sembilan selama 5 tahun dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Seterus nerkhidmat di Bahagian Latihan, 1966 di ibupejabat, dan menjadi Pengarah Perancangan pada 1972 dan Penolong Ketua Pengarah Pengeluaran, 1978 di susuli Timbalan Ketua Pengarah dan akhirnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar(1979-1984). Bersara pada 2 April 1984 dan dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta beberapa syarikat korporat.

Beliau telah menerima Anugerah Mengenang Jasa VAM,1991, PJK, PPT, Paduka Setia Kelantan, 1975 dan Johan Mahkota Negara 1980 dan Dato Setia Diraja Kedah, 1980. Beliau telah meninggal pada 14 Januari 2020 di Bukit Damansara, Kuala Lumpur ketika berusia 91 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman