Dato Dr Hashim Abdul Wahab



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
Dato_Dr_Hashim_Abdul_Wahab.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Dr Hashim Abdul Wahab

 Ikhtisas

 Pertanian

 Langkawi

 Langkawi

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Hashim Abdul Wahab kelahiran Langkawi pada 23 Februari 1938, juga mantan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia. Beliau mula bersekolah rendah di Langkawi sebelum ke Kolej Sultan Abdul Hamid (1949-1956). Melanjutkan pelajaran ke Kolej Pertanian Serdang (kini UPM) dan lulus Diploma Pertanian. Kemudian melanjutkan pelajaran Iowa State University, Ames, Iowa (1965-1966) dan lulus Sarjana Muda Sains dan seterusnya memperolehi Sarjana Sains Pengeluaran Tanaman ( agronomi), 1968. Beliau memperolehi PhD dari North Coralina State University, USA, 1971 dalam fisiologi tanaman.

Memulakan kerjaya sebagai pembantu pertanian di Stesyen Ujikaji Kelapa, Teluk Bharu, Perak sebelum dilantik menjadi pegawai pertanian di Serdang, 1971. Kemudian beliau menyertai MARDI dan dilantik menjadi Ketua Cawangan Fisiologi Tumbuhan, 1973 sehingga jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan Komoditi) MARDI. Beliau seterusnya di lantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, 1989. Beliau berkhidmat 13 tahun dengan Jabatan Pertanian, 17 tahun dengan MARDI dan 7 tahun dengan Lembaga Koko Malaysia serta telah banyak menghasilkan penerbitan termasuklah penulisan buku termasuk autobiografi Mencari Kebahagian.

Beliau juga aktif dalam sukan serta banyak terlibat dalam aktiviti masyarakat. Beliau telah diterima menjadi ahli Akademi Sains Malaysia dan dianguerahi JSM, oleh DYMM Agong dan DSDK oleh Sultan Kedah serta menjadi penerima Anugerah Langkawi dari Kerajaan Malaysia. Beliau telah kembali kerahmullah akibat serangan jantung ketika berusia 81 tahun pada 1 Julai 2019.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman