Dato Dr Abdullah Hasbi Hj Hassan



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
Dato_Dr_Abdullah_Hasbi_Hj_Hassan.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Dr Abdullah Hasbi Hj Hassan

 Ikhtisas

 Kejuruteraan Lombong

 Yan

 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Abdullah Hasbi Hj Hassan berasal dari Yan, Kedah. Belajar di Sekolah Kebangsaan Yan dan kini dikenali Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam serta Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, 1961. Beliau melanjutkan pelajaran UK dan lulus sarjana muda kejuruteraan perlombongan serta menerima anugerah “ Golden Boy of Comborne School of Mine, Conwall, England”.

Beliau seterusnya ke Massachuset Institute of Technology sehingga lulus PhD dalam kejuruteraan lombong. Beliau menjadi penyelidik di Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh dan kemudian dilantik menjadi Pengarah Pertama Southeast Asia Tin Research and Development Centre, di Ipoh Setelah bersara beliau menjadi Pengurus Besar Roxwelol Investment Group sebuah syarikat perlombongan, 2007.

Sementara itu beliau juga aktif dalam Persatuan Geologi Malaysia serta pernah menjadi ahli majlisnya 1985-87 serta banyak menulis mengenai timah dan tantalum. Beliau telah menulis beberapa buku antaranya 1) Primary Concentration of Tin Ore at Gravel Pump Mine, 1977 2) Recovery of By-Products Mineral From the Malaysian Tin Mining Industry, 1982; 3) Mining Techniques for Alluvial Tin Deposits, 1984 . Beliau telah anugerahi Dato Setia DiRaja Kedah oleh DYYM Sultan Kedah pada tahun 1997 serta telah kembali ke rahmatullah 21 Ogos 2012.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman