Dato Ahmad Muhammad Noor
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dato Ahmad Muhammad Noor Sosio Budaya Agama Kampung Tanjung, Padang Terap Kanan Padang Terap |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Tuan Guru Dato Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor (PAK TEH MAD) KUALA NERANG dilahirkan di Kampung Tanjung, Padang Terap Kanan pada 1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Terap sehingga darjah empat . Seterusnya ke sekolah menengah di Madrasah Sa’adah Ad-Daroin, Merbok, Kedah sehingga tahun 1937. Selepas itu, beliau memasuki Pondok Gajah Mati, Pendang selama 3 tahun sebelum ke Mekah dengan memasuki Madrasah al Salutiyah. Beliau berguru dengan antaranya Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok - Pondok Merbok, Tok Mogoi - Pondok Mogoi, Tuan Guru Pak Chu Him - Pondok Gajah Mati (Ayah mertuanya), Pak Da Eil Mekah, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili, Sheikh Daud Kelantan, Syeikh Afnan Al Jawi, Syeikh Sulaiman Al Jawi, Syeikh Zakaria Bila, Syeikh Hassan Masyath, Sayyid Alawi al-Maliki dll. Selepas 10 tahun di Mekah , beliau pulang ke tanah air dan membuka sebuah pondok di Padang Terap pada 1962 . Pada tahun 1986, pendaftaran sekolah ini diluluskan dengan nama Madrasah Al Ahmadiah Al-Solehiah Al Islamiah juga dikenali (Pondok Pak Teh Mad), Kampung Padang Nyiur ,Kuala Nerang, Kedah. Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada Rabu 15/09/21 jam 12:57 pagi di Hospital Kuala Nerang. |
||