Dato Abdul Halim Hj Salleh
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dato Abdul Halim Hj Salleh Sosio Budaya Sastera Kampung Pulau, Kodiang Kubang Pasu |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Salleh kelahiran Kampung Pulau, Kodiang, Kedah pada 19 Disember 1937 dikenali dengan nama pena Abdul Halim “R”. Mula pengajian di Sekolah Rendah Kodiang dan Tunjang (1946−1951) dan mendapat latihan perguruan TUOS (1958), FMC (1962) dan Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, 1963. Melanjutkan pelajaran di Universitas Nasional Indonesia, Jakarta (1970−1975) dan lulus Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Indonesia. Menjadi guru semenjak tahun 1952 dan telah berkhidmat selama 39 tahun di 14 buah sekolah bermula di Sekolah Melayu Kampung Jawa, Kota Sarang Semut dan pernah mengajar di Kolej Sultan Abdul Hamid (1968−1972 ). Beliau juga aktif dalam gerakan sastera dan guru serta telah menghasilkan lapan buku sastera dan kajian, dua buah novel dengan 35 cerpen, enam buah drama, 125 sajak, 190 esei dan komentar di samping syair dan gurindam termasuk ribuan pantun. Beliau diberi pengiktirafan sebagai Penulis Dedikasi Warta Darul Aman (1988/89); Anugerah Tokoh Sastera Warisan-Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005; Anugerah Pendokong Seni JKKN 2013; Anugerah Warga Emas Cemerlang-Keseniaan dan Kebudyaan, 2013 dan juga Anugerah Tokoh Bahasa dan Sastera Kedah 2013 disamping Anugerah Tokoh Guru Kota Setar 2013 dan Tokoh Guru Negeri Kedah 2014. Beliau juga dianugerahi BKM, AMK dan DSDK oleh Sultan Kedah. Beliau telah meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat serangan angin ahmar pada usia 82 tahun pada 10 Mei 2020 dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary. |
||