Ir. C.H. Teoh
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Ir. C.H. Teoh Ikhtisas Kejuruteraan Alor Setar Kota Setar |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Ir. C.H. Teoh kelahiran Alor Setar, 1916. Beliau belajar di Hillview Primary School dan Hutching School, Pulau Pinang. Menjadi pelajar terbaik Senior Cambridge, 1932 sehingga ditawar biasiswa untuk belajar di University of Hong Kong hingga lulus Sarjana Muda Sains ( Kejuruteraan), 1932. Memulakan kerjaya di telaga minyak di Sarawak dan Brunei, 1939. Pada tahun 1941 beliau bekerja dengan Jabatan Pengairan dan Saliran . Beliau kemudian mencuba nasib sebagai kontraktor tetapi tidak sesuai dengan etika pegangannya. Maka beliau telah ke UK untuk menjalani latihan sebagai jurutera perunding hingga di terima menjadi ahli The Instititution of Civil Engineer, UK. Setelah kembali beliau menubuhkan firma perunding C.H. Teoh and Partners. Beliau diterima sebagai ahli The Institution of Engineer Malaysia, 1963 dan dilantik sebagai felo nya, 1981. Beliau menjadi ahli pengasas Persatuan Jurutera Perunding dan menjadi pengerusinya. Beliau juga dilantik sebagai Felo Institut Timbangtara UK serta aktif sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Timbangtara IEM dan telah menulis buku “ Arbitration in Construction Disputes”. Beliau meninggal pada 11 Jun 2005 ketika berusia 89 tahun. |
||