Haji Ahmad Othman
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Haji Ahmad Othman Sosio Budaya Agama Guar Sanji, Perlis Kubang Pasu |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Haji Ahmad Othman kelahiran Guar Sanji, Perlis pada 3 Februari 1912 yang dikenali juga Haji Ahmad Keplu. Beliau belajar agama dari bapanya dan dari Hajjah Hamidah Adam, emak saudaranya yang juga guru di Istana Arau. Kemudian beliau mengaji di Pondok Haji Yunus Salleh, Kampong Mata Ayer, Pondok Haji Ahmad Tok Pong, Perlis dan seterusnya ke Pondok Pulau Pisang, Tunjang, Kedah. Beliau kemudianya ke Kelantan untuk berguru dengan Tok Kenali. Setelah kembali dari Kelantan, beliau mengajar Al Quran di Surau Kampong Lada, Guar Sanji. Haji Ahmad kemudiannya berkahwin dengan Hajjah Kalsom Haji Bakar dari Kampong Naga, Kepala Batas, Kedah serta di kurniakan dengan enam orang cahaya mata. Pada tahun 1940 an beliau berpindah ke Hutan Palas untuk mengelak kekejaman Jepun dan mula mengajar Al Quran di sana. Ini di susuli dengan pembukaan pondok dengan bermodal sendiri dengan sokongan penduduk tempatan. Beliau seterusnya mengembangkan lagi Madrasah An-Nahdhoh Al Wathoniah yang di bangunkan pada 1947 hingga menjadi Maktab Pengajian Islam, Kedah, 1975. Bilangan pelajarnya pernah mencecah hingga 700 orang yang diajar pelbagai mata pelajaran termasuk aktiviti badan beruniform, pengakap. Beliau telah menulis “ i-ikhazul Manam” dan menjadi pendakwah yang di hormati. Haji Ahmad juga dilantik sebagai Jawatankuasa Zakat Negeri dan sebagai Pengapit Hakim (Syariah) Mahkamah Rendah Kubang Pasu serta aktif dalam kegiatan masyarakat. Beliau pernah menyertai pilihanraya sebagai calon dan di anugerahi BKM , 1978. Beliau meninggal pada 8 Julai 1987 ketika berusia 77 tahun. |
||