Haji Ahmad Awang
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Haji Ahmad Awang Sosio Budaya Agama Kampong Pondok Chegar, Mukim Padang Pusing Pendang |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Haji Ahmad Awang kelahiran Kampong Pondok Chegar, Mukim Padang Pusing, Pendang pada tahun 1890 dan di kenali juga sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Rubat. Beliau mendapat pendidikan awal dari bapa dan datuknya. Datuknya Haji Salem Lebai Samad merupakan Tok Guru di Kampong Gajah Mati. Bapanya pula seorang ulama yang menubuhkan Pondok Chegar. Beliau telah dihantar mengaji di Mekah ketika masih kanak-kanak dan mengaji selama 20 tahun. Pada tahun 1918 ketika berusia 28 tahun beliau pulang ke Pondok Chegar dan kemudiannya di kahwinkan dengan Sopiah Deraman berasal dari Natawi, Chenak serta di kurniakan dengan sembilan cahaya mata. Beliau amat di hormati oleh masyarakat dan telah mengetuai pembinaan Masjid Suthiyyah, Pondok Chegar di samping jambatan serta jalan Pendang–Sungai Tiang. Beliau juga aktif dalam Persatuan Ulama Kedah. Seterusnya beliau telah membangunkan Sekolah Arab Diniyah Al Ahmadiah Al Wataniyah pada tahun 1940. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 27 Julai 1963. |
||