Abdul Majid Mohd Noh



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Abdul_Majid_Mohd_Noh.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Abdul Majid Mohd Noh

 Sosio Budaya

 Budaya

 Kampung Kunluang, Binjai

 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Abdul Majid Mohd Noh berasal Kampong Kunluang, Mukim Binjai, Kubang Pasu lahir pada 24 Februari 1949. Mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Binjai, Sekolah Menengah Lanjutan, Jitra.

Beliau merupakan Tok Dalang Wayang Gedek Seri Asun. Mula belajar menjadi dalang semenjak berumur 16 tahun daripada bapanya Mohd Noh Mahmud yang menjadi pengasas kumpulan tersebut semenjak 1973. Beliau terkenal dengan perwatakan Etong dan Pak Tam yang membicara pelbagai isu semasa termasuklah isu merempit dalam mendidik, menegur dan membimbing khalayaknya.

Kumpulan ini telah mengadakan pertunjukan di merata tempat dalam Malaysia hinggalah ke Eropah saperti Jerman, Switzerland, Perancis, Itali di samping negara Asia saperti Indonesia, Korea, Thailand, China, Taiwan, Vietnam dan Kemboja.

Beliau telah meninggal pada 13 Julai 2016 di Hospital Jitra akibat sakit jantung, buah pinggang dan kencing manis ketika berusia 67 tahun meninggal dua balu Che Amah Kecik dan Azizah Ismail serta lapan orang anak dan di kebumikan di Kampung Kunlung, Asun. Beliau merupakan seorang Tokoh Budayawan Negeri Kedah yang telah berjaya mewarnai kehidupan masyarakatnya.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman