Ismail Zain



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
ismail-zain.png

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Ismail Zain

 Sosio Budaya

 Seni Lukis

 Kodiang, Kubang Pasu

 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Ismail Zain kelahiran Kodiang, Kedah tahun 1930. Mendapat pendidikan di Malayan Teacher Training College, Kirby, England. Beliau seterusnya ke Ravensbourne College of Art, 1961-1964 dan Slade School of Fine Art, University of London, 1964-1966.

Beliau menjadi anak tempatan pertama di lantik Pengarah Balai Seni Lukis Negara (1972-1975), kemudian menjadi Pengarah Kebudayaan di Kementerian Belia, Kebudayaan dan Sukan (1975-1982) dan Ketua Pengarah FINAS (1982-1985).

Ismail Zain merupakan pelukis tempatan berbakat serta berwawasan sebagai perintis seni komputer di Malaysia. Karya beliau dalam kolej digital, dengan imej serta teks dari pelbagai sumber membuka lembaran baru dalam seni web dan seni digital di Malaysia.

Ismail dikenali sebagai artis pasca moden pelbagai kebolehan. Beliau menjadi perintis seni digital dikenali sebagai tokoh pelopor seni elektronik di Malaysia dan terkenal dengan lukisannya 7PM dan Pupus Siti Nurbayah. Pernah mengadakan pameran solonya Digital College, 1988 dan juga menulis buku Seni dan Imejan, 1980 dan Toward Utopian Paradigm, 1989. Beliau telah dianugerahi AMN, 1973 dan KMN, 1975. Ismail meninggal pada Ogos 1991, ketika berusia 61 tahun. Untuk mengenang beliau Galeri Petronas telah menganjurkan pameran AlKesah, 2016.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman