Ibrahim Abu Bakar



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
ibrahim-abu-bakar.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Ibrahim Abu Bakar

 Sosio Budaya

 Seni Lukis

 Alor Setar

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Ibrahim Abu Bakar masyhur dengan nama A.B.Ibrahim kelahiran Alor Setar tahun 1925. Beliau merupakan seorang pelukis Melayu penuh masa yang pertama di ketahui menyara hidup hasil daripada jualan lukisannya.

Beliau mengasah bakatnya sendiri, dikalangan adik beradik yang juga berbakat terdiri dari Hassan, Kecik (Chik), Ahmad dan Yusuf. Beliau banyak melukis dengan mengguna warna air. Beliau aktif dalam penubuhan Persatuan Pelukis Melayu Malaya di Singapura menjadi ketua kalangan pelukis di utara.

Beliau melukis pandangan dengan warna air. Beliau juga mahir dengan warna minyak melalui karyanya “Mallaca Gate” yang dipamerkan di Balai Seni Lukis dan Visual Negara.
Beliau berada di Penang Road dan Chulia Street dengan lukisan pandangan di Pulau Pinang untuk pasaran pelancong.

Dia pernah mengadakan pameran solo di Dewan Besar Perniagaan Cina, Ipoh, 1962. Antara 1945-1970 beliau menyertai pelbagai pameran anjuran Persatuan Pelukis Melayu dan Pemeran Perdagangan Pulau Pinang, 1948. Beliau juga menyertai Pameran Ke Empat Pelukis Malaysia di British Council, Kuala Lumpur, 1958.

Hasil lukisan beliau turut di pamer di Balai Seni Lukis dan Visual Negara dan Balai Seni Lukis Negeri Kedah dan British Council. Lukis beliau juga diterbit dalam Mastika ( 1957, 1959,1967, 1969) dan Dewan Sastera (1971, 1972) .Beliau meninggal pada tahun 1977.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman