Hussain Ismail Che Dol
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Hussain Ismail Che Dol Sosio Budaya Agama Kampong Gajah Mati, Pendang Pendang |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Hussain Ismail Che Dol lebih terkenal sebagai Haji Hussain Che Dol kelahiran Kampong Gajah Mati, Pendang pada tahun 1904. Mula belajar dengan bapanya Haji Ismail Che Dol yang juga seorang tokoh ulama dan kemudian ke Patani belajar dengan Haji Abdullah Chauk selama empat tahun sebelum ke Mekah. Ketika di Mekah beliau sakit dan kembali menyambung pengajian di Pondok Chauk, Patani. Mula mengajar di Guar Chempedak dan kemudian kembali mengajar di pondok bapanya di Gajah Mati. Seterusnya beliau berdakwah selama tiga tahun di Kampung Paklat, Bangkok. Beliau kemudian membuka pondok sendiri, Madrasah Al Akhlak Al Islamiah, di Guar Chempedak. Beliau seorang yang mahir dalam ilmu Fiqh dan merupakan seorang pemidato yang baik serta menjadi qari yang terkenal di Kedah, disamping mahir berbahasa Inggeris. Beliau mempelajari Bahasa Inggeris daripada seorang guru iaitu Che Maidin yang berasal dari Perak. Beliau telah meninggal pada 12 Mei1967 di rumahnya di Guar Cempedak kerana penyakit darah tinggi. Pondok beliau kini dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Hussain Che Dol yang ditadbir oleh cucu beliau Ustaz Fawaz Mohd Fathil. |
||