Dato Dr Mahadzir Mohd Khir
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Dato Dr Mahadzir Mohd Khir Sosio Budaya Sejarah Yan Yan |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Dato Dr Mahadzir Mohd Khir kelahiran Yan pada 16 Mei 1945. Beliau belajar di St Micheal, Alor Setar sebelum ke Universti Malaya dan melanjut pelajaran ke University of West Michigan dan University of Chicago sehingga PhD. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru sejarah di Baling sebelum menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah di Universiti Malaya Ketika di Universiti Malaya beliau menjadi Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya bagi memperjuangkan nasib kakitangan universiti ketika itu.. Beliau banyak menulis rencana di media arus perdana terutama tentang pendidikan di Malaysia. Beliau juga sering dijemput menjadi tetamu dalam rancangan temubual di radio dan televisyen.. Beliau kemudian menceburi politik menjadi ahli parlimen Sungai Petani selama dua penggal pada 1999 dan 2004. dan di lantik Setiausaha Parlimen dan seterusnya Timbalan Menteri Pendidikan. Sebagai ilmuan beliau banyak mengkaji sejarah dan politik orang Melayu. Antara buku beliau" Kuasa Melayu: Suatu Analisa Peralihan." dan " Sejarah Politik Melayu." Beliau meninggal pada 5.September 2012 pada usia 67 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan jantung dan meninggalkan isteri Datin Dr Amla Mohd Salleh dan tiga anak lelaki serta seorang cucu perempuan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. |
||