Dato Adnan Abu Hassan



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-adnan-abu-hassanadnan.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Adnan Abu Hassan

 Sosio Budaya

 Muzik

 Jalan Pegawai, Alor Setar

 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Adnan Abu Hassan dari Jalan Pegawai, Alor Setar lahir pada 6 Januari 1959. Berkelulusan Barklee College of Music, Boston USA. Beliau terus menyertai industri muzik setelah lulus dan pernah menjadi pensyarah muzik UiTM.

Kemudian menjadi pengurus dan penerbit berapa syarikat rakaman antaranya WEA Record dan Suria Record. Beliau merupakan seorang pengubah lagu dan penulis lirik yang hebat dalam genre pop, R&B dan Jazz.

Hampir kebanyakan penyanyi popular tanah air merupakan anak didik beliau antaranya Siti Norhaliza, Jamal, Sheila Majid , Misha dan ramai lagi dalam tempoh 35 tahun kerjaya beliau. Ratusan lagu dihasilkan termasuklah Bunga- Bunga Cinta, Teratai Layu di Tasik Madu dan Janji Manis .

Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Wirama 2010 dan Anugerah Industri Muzik ke 17. Beliau kembali ke rahmatullah pada 18 Mac 2016 pada usia 57 tahun di Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Ramal Dalam, Kajang dan meninggalkan balu, Rozinor Hafiza Mohd Fauzi dan 3 anak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman