Ahmad Ariffin- Affrini Adham
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Ahmad Ariffin- Affrini Adham Sosio Budaya Sastera Kampong Seberang Nyonya, Alor Setar Kota Setar |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Ahmad Bin Ariffin dengan nama pena, Affrini Adham, Bidas, Kelana Jaya, Mak Inang Moden dan S.P.280 telah dilahirkan di Kampung Seberang Nyonya, Alor Star pada 4 November 1927. Affrini seorang Sasterawan dan penjuang yang terkenal dengan puisinya Malaya Pasti Merdeka. Beliau telah berjuang dengan pena, kertas dan mindanya untuk menegaskan keyakinan terhadap perjuangannya. Puisi Malaya Pasti Merdeka menjadi mahakarya yang diwariskan kepada generasi hari ini menggambar kejituan hati para penjuang kemerdekaan negara. Affrini mendapat didikan awal di Sekolah Seberang Perak, Alor Star, 1934 kemudian ke Sekolah Melayu Sungai Korok, Sekolah Melayu Baling dan Sekolah Melayu Sungai Petani hingga darjah lima pada tahun 1941. Beliau dibesarkan dalam keluarga miskin yang gigih mencari ilmu. Beliau mengguna waktu petang untuk belajar agama dan bahasa Inggeris di Seberkas Free School, Alor Star selama dua tahun mulai 1947 hingga 1949. Afrini pernah menjadi pemungut tiket di sebuah Taman Hiburan di Alor Setar dan kerani pelatih di Ibu Pejabat Seberkas ( 1947-1950 ) Kemudian bekerja di Bengkel JKR Kedah/Perlis ( 1951-1967 ) sebelum bekerja di Bengkel Mara, Mergong, Alor Setar ( 1968 ). Afrini Adham juga berpengalaman dalam penerbitan majalah. Pada tahun 1949, beliau dilantik sebagai penolong pengarang majalah Juita terbitan Malay Press di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan pada tahun 1953 menjadi pengarang sekali gus mengendalikan halaman cerpen dan puisi serta menulis pojok dengan nama Mak Inang Moden. Beliau juga menjadi pengarang Majalah Cita terbitan Kastria, Alor Setar. Pada tahun 1955 dilantik wartawan Medan Bahasa terbitan Kementerian Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Disamping itu beliau juga aktif dalam UMNO. Beliau menetap di Alor Setar dan semua manuskrip yang hendak disiarkan dihantar ke Alor Star, disunting kemudian dihantar semula ke pejabat Malay Press di Kuala Pilah. Affrini merupakan tokoh pejuang yang menyumbangkan tenaga dan fikirannya dalam meniupkan angin kesedaran di kalangan masyarakat dengan menggunakan sastera sebagai eleman senjatanya. Afrini Adham telah menukilkan sejumlah 215 puisi yang disiarkan antara 1947-2003. Beliau juga telah menghasilkan 3 buah novel, 2 drama, 35 cerpen dengan 4 buah antologi puisi bersama dan 3 buah antologi sayembara puisi. Sepantun Bendera Berkibar, 2000 mengandungi 112 buah puisi yang kebanyakan berkisar dengan isu jati diri bangsa, politik semasa dan politik dunia. Beliau berkata “ Saya di beri Tuhan tepu dengan rasa cintakan tanahair melebihi dari segalanya di dunia ini.” Karya beliau yang pernah dihasilkan dalam bentuk buku ialah ' Pending Berdarah @ Barisan Tun Fatimah ' ( The Sentosa Store. Kuala Pilah, 1950: 86 hal ) ' Ladang Cinta ' ( kumpulan puisi, DBP, 1990. ) dan ' Sasterawan Bukannya Raja - Affrini Adham ' ( Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2013: 249 hal. ) Sesungguhnya Affrini Adham sebahagian sejarah dan sasterawan kita yang harus dikenang. Buku terakhir beliau “ Sasterawan Bukan Raja”, 2013 tidak sempat disiap dan disempurnakan rakan seperjuangan Osman Ayob. Affrini dianugerah Tokoh Budaya Kedah dan Tokoh Penyair Gapena keenam. Beliau telah meninggal di Hospital Alor Setar pada 22 September 2005 akibat barah usus ketika berusia 77 tahun. |
||