Dr Mohd Fadzil bin Haji Yahya



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sains

     
fadzilyahya.jpg  Nama :  Dr Mohd Fadzil bin Haji Yahya
 Bidang :
 Sains
 Disiplin :
 Parasitologi dan Entomologi
 Tempat Lahir :
 Negeri Kedah
 Daerah Asal :
 N/A

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Mohd Fadzil bin Yahya telah dilahirkan di Kedah dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di India untuk mendapat Bachelor of Veterinary Science. Setelah itu beliau ke UK untuk belajar dan mengambil peperiksaan Member of Royal Veterinary Suregon (MRCVS) dan DAP&E. Sekembali ke Malaysia pada tahun 1964 beliau berkhidmat sebagai Pegawai Haiwan di Institut Penyelidikan Veterinar , Ipoh.

Seterusnya beliau di naikkan pangkat menjadi Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah 1966-1971. Beliau kemudian balik semula mengetuai Veterinary Research Institute sebagai pengarahnya pada tahun 1972-1977 dan kembali semula memberi tumpuan kepada bidang kepakarannya Parasitologi dan Entomologi. Ketika berada di sini beliau menjalankan penyelidikan dam mendaftarkan sebagai pelajar paca ijazah Universiti Sains Malaysia sehingga lulus dalam sarjana sains. Dr Mohd Fadzil kemudiannya di naikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengerah Perkhidmatan Haiwan pada tahun 1979 sehingga bersara pada 1983. Setelah bersara beliau meneruskan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Penternakan, Universiti Pertanian Malaysia sebagai Prof Madya. Beliau juga aktif dalam badan professional dan pernah di memegang jawatan Presiden, Veterinary Association Malaysia antara tahun 1979-1981.

Sementara sumbangan terbesar beliau kepada kemajuan sains dalam bidang parasitology dan entomologi pernah menulis buku berjudul Kudis Kerian (1989) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga telah memberi perhatian kepada kaedah kawalan biologi lalat. Sebagai seorang ahli sains beliau amat peka dengan persekitarannya. Ketika di Kedah beliau telah mengesan kerbau mengawan di siang hari. Fenomena ini agak jarang di lihat dan berjaya di rakam dan di lapor oleh beliau. Ini menjadi temuan penting dan menjadi sebahagian buku FAO untuk kerbau edaran seluruh dunia.

Kajian beliau juga tertumpu tentang agas-agas culicoides yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit saperti Blue Tongue dalam ternakan. Sebagai menghargai keilmuan beliau, maka terdapat satu species colicoides yang di namakan sempena nama beliau. Dalam pada itu, demi menghargai kegigihan seorang saintis yang terus berkhidmat sepanjang hayatnya; sebuah bilik mesyuarat di Veterinary Research Institute di namakan sempena nama beliau sehinggalah sekarang.

 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman