Professor Dr Ahyauddin Ali



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sains

     
 Nama :  Professor Dr Ahyauddin Ali
 Bidang :
 Sains
 Disiplin :
 Biologi Akuatik
 Tempat Lahir :
 Negeri Kedah
 Daerah Asal :
 N/A

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Ahyauddin Ali di lahirkan pada 10 April 1955 di Negeri Kedah. Beliau menamatkan pengajian dalam BSc Perikanan and Limnologi dari Oregon State University dalam tahun 1978 dan meneruskan pengajian keperingkat MSc pada tahun 1981 dan PhD dalam bidang perikanan dan akuakultur dari Auburn University USA pada tahun 1984.

Setelah kembali ke tanah air beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Dalam 20 tahun perkhidmatannya beliau telah mengawai lebih daripada 30 projek pasca siswazah dan 50 projek siswazah. Dia juga menjalankan banyak projek penyelidkan luar Negara daripada IFS- Sweden, ISIS-UNDP, DANCED- Denmarak, ACIAR- Australia, EU dan sebagainya. Beliau juga menjalankan kejiana bersama Universiti dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan serta berkerjasama Pusat ramsar Jepun untuk pemuliharan tanah beach di Asia. Pada tahun 2000 beliau mengetuai pasukan penyeldik ke Antartik di bawah program Akademi Sains Malaysia. Beliau telah menerbitkan lebih 100 artikel. Beliau telah bekerja rapat dengan Wetland International dalam pemuliharan tanah becah Malaysia dan membantu mengenal pasti lokasinya yang penting. Diantara kajian beliau yang penting termasuk mengenai dugong yang berada di sekitar Johor di Pasir Gudang, Mersing dan Tanjung Sedeli.

Beliau telah di lantik menjadi pakar untuk kepelbagaian hayat tanah beach untuk Pusat Ramsar Jepun dalam tahun 1994 dan dilantik menjadi professor USM pada tahun 1998 atas sumbangan besar beliau dalam bidang perikanan dan sumber asli akuatik. Beliau telah membangunkan kaedah mesra alam untuk memelihara ikan didalam sawah. Pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Sains Biologi antara tahun 1999-2000 dan pada tahun 2001 di lantik sebagai Timbalan Naib Censelor untuk Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Sains Malaysia. Beliu telah berjaya mengajurkan pelbagai persidangan antarabangsa. Dalam tahun 2001 Asian Wetland Symposium telah berjaya di anjurkan. Beliau telah menulis buku Biodiversity resources of Ahning Lake dan The Asian Wetland; Bridging partnership Into Good Wetland Practices.

Prof Dr Ahyauddin Ali mendirikan rumah tangga dengan Noor Aani bin Ismail dengan 4 orang anak. Diatas jasa dan disumbangan beliau dalam pembangunan disiplin Biologi Akuatik dalam tahun 2001 beliau di anugerahi 11th Biwako Prize untuk kajian Ekologi. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2003 dan negara kehilangan seorang saintis yang dedikasi.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman