Azizi Abdullah



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
aziziabdullah.jpg  Nama :  Azizi Abdullah
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sastera
 Tempat Lahir :
 Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah
 Daerah Asal :
 Kuala Muda

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Azizi Abdullah merupakan seorang penulis dan novelis Malaysia yang terkenal yang telah memperkaya khazanah sastera negara. Beliau telah dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, kedah pada 4 April 1942.

Azizi mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kuala Muda sehingga darjah enam. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al Wataniah, kepala Batas hingga tahun 1965.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah (1965). Setelah bersara pada tahun 1997 beliau menjadi editor akhbar bulanan Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang serta terus aktif dalam penulisan novelnya.

Azizi telah menghasilkan hampir 200 buah cerpen yang disiarkan dalam akhbar terutamanya Utusan Melayu. Beliau mula menulis semenjak di bangku sekolah lagi bermula dengan artikel pertama, baik buruk wanita bermain bola sepak tersiar dalam Warta Malaya. Antara cerpennya termasukalah ‘Sisa’ disiarkan dalam Warta Mingguan, Pulau Pinang pada 1963, Sami Mekong dan Dua Seniman (1966). Cerpen Di Pinggir Kampung Barzakh (1975) menjadi bahan pelemik selama tujuh minggu. Cerpen 'Beruk' (1970) menjadi teks sastera dalam antologi 'Jejak Langkah'.

Beliau telah menulis 29 buah novel di antara tahun 1969 hingga 2005 termasuklah ; 'Garis Lentang Anak Haram' (1968), Novel ‘Senja Belum Berakhir’ (1971), ‘Sami Mekong’ (1969),'Seorang Tua di Kaki Gunung’ ( 1984). Novel ini telah diterjemah ke bahasa Jepun oleh Dr. Fujimorai dan Tahiyibah Sulaiman. Novel 'Cahaya di Pendalaman' 1992, sementara ‘Suriati’ memenangi Sayembara Sastera Islam anjuran Pusat Islam (1993).‘Wi & Wiliam’ mendapat tempat ketiga dalam Hadiah Sako I anjuran Utusan Publication tahun 1995.‘Ayahanda’(1999)i.'Kawin-Kawin' (2002) memenangi hadiah utama Hadiah Sako II . Panel hakim memuji novel ini dari sudut konsep penyegaran semula bahasa, memusatkan bahasa pinggiran, memperkayakan ungkapan, memiliki erti yang kuat dan kuasa visual yang jelas.'Anak Belantara' - hasil penelitian beliau terhadap masayarakat Penan di hutan belantara Uma Bawang, Sungai Baram. 'Pencinta Alam', Zikir Rindu', 'Jiwa Hamba' terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Buku yang mengkritik budaya Melayu yang menyebabkan orang Melayu mundur.'Memoir Seorang Guru' terbitan Alaf21. Kisah kasih sayang yang tersembunyi , benci yang terlindung antara guru dan bekas muridnya. Di samping itu Dee, Latifah Rabbaniah,Di Kolam Mulhamah,Takah Tujuh,' Bertemu Tasauf' dan 'Halimunan Dee'.

Sebagai seorang penulis dan novelis prolifik Azizi telah di beri pengiktirafan melalui Anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 . Haji Azizi bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 11 Ogos 2011 di Hospital Pulau Pinang ketika berumur 69 tahun dan meninggalkan isteri Zubaidah Yusuff dan dua anak Azita dan Azimah.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman