Dato Dr Adi bin Haji Taha



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
draditaha.jpg  Nama :  Dato Dr Adi bin Haji Taha
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Arkeologi
 Tempat Lahir :
 Kampung Hutan Palas, Kodiang, Jitra
 Daerah Asal :
 Jitra

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Adi bin Taha seorang arkeologis yang telah berjaya mengangkat martabat dan kehebatan budaya Malaysia . Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Muzium Negara dan dilahirkan di Kampung Hutan Palas, Kodiang, Jitra pada 3 Ogos 1951.

Dato Dr Adi mula bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Kodiang pada tahun 1958 hingga tahun 1963 di ikuti dengan Derma English School, Kangar, Perlis pada tahun 1964 sehingga tahun 1968. Pada tahun 1969, ke di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak sehingga tahun 1970. Seterusnya beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lulus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1975. Beliau melanjutkan pengajian di Australian National University, Canberra dan pada tahun 1981 dan memperolehi Ijazah Sarjana yang di susuli dengan PhD dari universiti sama pada tahun 2001.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Kurator Arkeologi, di Muzium Negara pada tahun 1975 dan dinaikkan pangkat kepada Kurator Kanan, Ketua Bahagian Penyelidikan, Pengarah Bahagian Antikuiti, Pengarah Pengurusan Muzium, Timbalan Ketua Pengarah dan sehingga sebagai Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2002. Setelah bersara tahun 2007 beliau menjadi Felo Pelawat di Muzium Akademi Warisan, UKM seterusnya menjadi pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau juga seorang yang aktif dan pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Arkeologis Malaysia (1997) dan Presiden Persatuan Prasejarah Indo-Pasifik (2002-2004).

Penyelidikan beliau di Gua Cha, Gua Chawas dan Gua Peraling di Ulu Kelantan telah berjaya menemui pelbagai artifeks termasuklah tembikar dan batu Hoabinhian yang mengesahkan kewujudan kerajaan pra- Islam. Beliau juga terlibat dalam kerja arkeologi di Lembah Bujang pada tahun 1976 di samping Lembah Neggeri sehingga membawa kepada penubuhan Muzium dan Tapak Arkelogi Lembah Bujang.

Bagi mengenang segala jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatannya, Dato' Dr. Adi telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.), Darjah Setia Mahkota Perlis (S.M.P.), Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang Kelas V (A.S.K.) dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.). Beliau juga pernah mendapat anugerah U.S.S.R. Cultural Exchange Programme serta Australian Cultural Award dari Ministry of Foreign Affairs.

Dato Dr Adi telah berkahwin dengan Datin Wan Aminah Wan Yusoff dan mendapat enam orang anak. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 4 Februari 2014 di rumahnya ketika berumur 60 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman