Zubir Ali



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
zubir-ali.jpg  Nama :  Zubir Ali
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Seni Muzik
 Tempat Lahir :
 Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Zubir Ali merupakan komposer dan vokalis kumpulan Harmoni dan yang terkenal dengan lagu "Penantian". Beliau lahir di Alor Setar sekitar 1949. Beliau bersekolah di Maktab Mahmud dan Kolej Islam Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan kemudiannya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan disamping menjadi menjadi pensyarah sambilan Pengajian Asas Penulisan Puisi, Universiti Malaya.

Beliau bersama Dinsman memperjuangkan kesenian Islam. Zubir terkenal dalam seni muzik sebagai komposer, penyair dan penyanyi dalam kumpulan Harmoni. Beliau merupakan kumpulan pertama yang merakam lagu puisi secara komersil. Sebagai komposer, penyanyi dan penulis lirik, beliau popular dengan lagu Penantian yang merupakan Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia, 1983. Beliau juga pernah melagukan puisi Zurinah Hassan pada tahun 1977 lagi.

Sementara lagu beliau Balada Seorang Gadis Kecil merakam penderitaan mangsa perang Palestin. Pada 6 Mac 2009 Zubir Ali ketika berusia 60 tahun telah meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara akibat komplikasi jantung dan di kebumikan di Perkuburan Bukit Kiara. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman