Zainon Ahmad



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
zainon-ahmad.png  Nama :  Zainon Ahmad
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Kewartawanan
 Tempat Lahir :
 Semeling, Bedong
 Daerah Asal :
 Kuala Muda

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Zainon Ahmad wartawan ternama dan menjadi editor perunding akhbar The Sun. Zainon, dilahirkan di Semeling, Bedong, Kedah pada 1942, Mula belajar di Sekolah Melayu Semeling sebelum ke Sekolah St Theresa dan Sekolah Ibrahim, Sungai Petani. Beliau ke UM dan lulus sarjana muda Sejarah dan sarjana perhubungan antarabangsa. Seterus nya beliau belajar pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi Fellow the Fletcher of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston.

Bermula sebagai seorang guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan. Beliau menyertai The New Straits Times tahun 1978 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Editor Kumpulan akhbar itu pada 1997 sebelum menjadi Editor Perunding pada 2001. Setahun kemudian, beliau menyertai akhbar The Sun sebagai Ketua Pengarang.

Sebagai wartawan beliau telah membuat liputan konflik Selatan Thai, Kemboja, Filipina, India, Afghanistan malah Amerika Latin. Beliau diberi kepercayaaan untuk menemuduga tokoh dunia saperti Osama Ladin, Benazir Bhutto, Kim Jung Il dan Nur Misuari. Beliau menerima pelbagai anugerah termasuklah Tokoh Wartawan Kebangsaan. Sebagai ilmuan beliau memiliki pemikiran yang tajam dan sangat analitikal dan menjadi tokoh yang susah dicari ganti.

Zainon merupakan pemerhati sosial yang cukup kritikal kerana arwah bukan sahaja melihat sesuatu isu berdasarkan fakta tersurat tetapi juga mampu menterjemah sisi tersirat dengan tepat.Menerusi kolum 'What They Say' hasil nukilan Zainon dalam akhbar The Sun yang memaparkan penulisan berbentuk perbualan berkaitan isu semasa dan politik.

Beliau sering berkongsi pengalaman walaupun sudah menjadi tokoh kewartawanan yang disegani apabila beliau disenangi peserta yang menghadiri setiap ceramah atau bengkel yang dikendalikannya. Beliau berjuang untuk kebebasan media. Kemahiran beliau dalam bahasa Inggeris dan kebolehan bertutur bahasa Tamil dan Tagalog menjadikan beliau antara wartawan awal Malaysia yang membuat liputan perang saudara di Mindanao. Zainon pernah memenangi Anugerah Personaliti Media pada 2010.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 27 Mac 2013 di Hospital Raja Zainab 11, Kota Bharu pada usia 70 tahun akibat kanser hati dan meninggalkan isterinya Hasnah Abdullah, 65, empat anak dan 14 cucu. Allahyarham di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Baharu.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman