Yaakob bin Ahmad



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
yaakob-ahmad.png  Nama :  Yaakob bin Ahmad
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kampong Surau, Pedu, Kuala Nerang
 Daerah Asal :
 Padang Terap

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Yaakob bin Ahmad kelahiran Kpg Surau, Pedu, Kuala Nerang sekitar 1863. Mula mengaji dengan bapanya. Pada tahun 1870 beliau ke Mekah dan menuntut dengan ramai ulama di Masjidil Haram untuk pengajian Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf, Hadis dan Tafsir selama 30 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Abdul Qadir, Syeikh Ali Maliki dan Syeikh Abdullah Zawawi serta sangat menguasai bahasa Arab di samping mendalam ilmu Tafsir, Tauhid, Hadis, Usuluddin dan Fiqah.

Bila beliau kembali tahun 1900, pada usia 37 tahun dan mula mengajar di Padang Terap, kemudian buka pondok di Batu Menunggul, Mukim Air Putih,Pendang. Sekitar 300 penuntut dari serata negeri dating menuntut di situ.

Kemudian 1911 beliau menjadi kadi Baling, Kulim, Kubang Pasu, Kota Setar. Beliau bersara pada usia 77 tahun pada 1940. Kemudian buka pondok di Kampong Bendang dan Kampong Bukit Gedung, Mukim Belimbing, Daerah Padang Terap, 1942-1943.

Ulama ini meninggal pada tahun 1943 pada usia 80 tahun akibat sakit tua dan di kebumikan di tanah perkuburan Kuala Nerang.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman