Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
wan-ibrahim-wan-abdul-kadir.png  Nama :  Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Bendang Daya, Patani
 Daerah Asal :
 Pendang

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Wan Ibrahim Wan Abd Kadir di kenali Pak Cu Him kelahiran Bendang Daya, Patani pada 1894. Semenjak kecil beliau ke Mekah belajar dengan bapanya Haji Wan Kadir, pengasas Pondok Bendang Daya. Setelah kembali ke Patani dia belajar di Pondok Chegar, sebelum ke Pondok Bermin, Pondok Tok Raja Haji Jambu.

Pada tahun 1912, sekali lagi ke Mekah untuk belajar dengan Pak Chik Wan Daud, bapa saudaranya. Beliau begitu fasih berbahasa Arab dan telah mengarang syair Arab, buku Qawaid al-Fiqhiah dalam bentuk syair dengan tulisan tangan. Kebolehan Pak Cu Him telah mendapat pengiktirafan dan diberi tauliah untuk mengajar agama di Masjidil Haram selama beberapa tahun. Pak Cu Him tinggal di Mekah selama 12 tahun dan menemui guru termasyhur antaranya Sheikh Yahaya Patani, Tok Ramli, Sheikh Muhammad 'Ali Maliki dan Sheikh Muhammad Mukhtar al-Jawi.

Bila Pak Cu Him kembali beliau mengambil alih pondok mertuanya, Haji Ismail Che' Dol di Pondok Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Pendang setelah berkahwin dengan anak gadisnya yang bernama Hajah Zainab pada tahun 1926. Pondok tersebut mendapat sambut penuntut Nusantara hingga mencapai 500 orang.

Beliau telah mengarang kitab "Fathul Jalil Wa Syifa Ghalil" pada 1966. Dalam karya ini beliau menggubah 51 bait syair Arab dan membuat ulasan atau syarah kepada tiap-tiap bait itu dalam Bahasa Melayu. Kitab ini membicarakan antara lain tentang sifat mustahil Allah Taala iaitu qadim atau baharu. Selain karya yang diterbitkan ini, banyak catatan Pak Cu Him di dalam bahasa Melayu dan Arab mengenai fatwa agama, khutbah , syair Arab dan penjelasan mengenai Nahu Arab telah disusun tetapi tidak bercetak.

Haji Wan Ibrahim bin Haji Wan Abdul Kadir meninggal pada 11 Januari 1968 ketika berumur 75 tahun. Jenazahnya diabadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Haji Ismail Che' Dol.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman