Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
tunku-abdul-rahman-putra-al-haj.png  Nama :  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Undang-undang
 Tempat Lahir :
 Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan Malaysia merupakan seorang penulis dan pngkritik sosial yang tajam. Beliau lahir di Alor Setar pada 8 Februari 1903. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jalan Baharu, 1909 sebelum ke Sekolah Inggeris Kerajaan yang kemudian dikenali Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Debsurin, Bangkok, 1911 dan ke Penang Free School, 1915 sebelum melanjut pelajaran ke University of Cambridge 1925. Beliau kemudian kembali semula ke England untuk meneruskan pengajian undang-undang sehinggalah lulus pada tahun 1949.

Memulakan kerjaya sebagai kadet Perkhidmatan Awam Kedah, 1931 dan kemudian dipindah sebagai Penolong Pegawai Daerah Kulim, kemudian Pegawai Daerah Padang Terap, Langkawi dan Sungai Petani. Setelah lulus undang-undang Tunku dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya sebagai Presiden Mahkamah Selangor. Beliau mula menceburi dalam politik pada tahun 1951 sehingga berjaya menuntut kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Perdana Menteri Pertama.

Beliau merupakan seorang penulis yang hebat dan menjadi kolumnis dalam akhbar The STAR ketika bersara. Beliau juga telah menulis sekurangnya 8 buah buku antaranya Political Awakening, Looking Back- Monday Musing and Memories dan 13 Mei Sebelum dan Selepas.

Tunku telah meninggal pada 6 Disember 1990 dan di kebumikan di Makam Diraja Langgar. Tunku sebagai seorang Bapa Kemerdekaan yang kekal di ingati dan sebagai seorang ilmuan.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman