Tan Sri Syeikh Abdul Majid bin Mohd Noor



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
tan-sri-syeikh-abdul-majid.png  Nama :  Tan Sri Syeikh Abdul Majid bin Mohd Noor
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Syeikh Abd. Majid bin Mohd. Noor merupakan mantan Mufti Kerajaan Negeri Kedah di lahirkan pada pada 12 Februari 1924 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Star, Kedah.

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Alor Merah, Alor Star (1930) selama 3 tahun. Kemudian di Sekolah Rendah Suka Menanti (1935) dan Maktab Mahmud selama 8 tahun. Seterusnya ke Universiti Al-Azhar dan ke Institusi Ain Al-Syam jurusan pedagogi, 1955.

Memulakan kerjaya sebagai guru Bahasa Arab di Maktab Mahmud (1945) selama 20 tahun dan menjadi Pemangku Guru Besar di situ (1961). Beliau menjadi Guru Besar di situ pada 1965 dan kemudian dilantik sebagai Pendaftar Sekolah Agama di Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah, 1969.

Beliau juga menjadi Penasihat Lembaga Urusan dan Tabung Haji, 1980 serta menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji. Beliau dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud dan sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM) selama tiga tahun dan menjadi hakim pertandingan Tilawatul Al-Quran peringkat negeri Kedah dan peringkat kebangsaan.

Sultan Kedah melantik beliau menjadi Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah. Pada 12 Februari 1979 beliau bersara wajib dan dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (1980-1984). Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) negeri Kedah selama 5 tahun. 1979-1986 menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah ; Ahli Majlis Agama Islam Kedah ; Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah ; dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Antara hasil karya beliau ialah Risalah Sembahyang Terawih ; Sembahyang Musafir dan Jamak dan Qasar. Beliau juga menyusun kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah di Kedah.

Beliau dianugerahi D.H.M.S. yang membawa gelaran Dato' Paduka; D.P.M.K.; S.M.K.; P.C.K.; Dato' Setia Jaya dan Dato' Mursyid Diraja (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kedah 1986, Tokoh Guru Kebangsaan bersempena sambutan Hari Guru (1987) dan Tokoh Maal Hijrah (1998) dan Anugerah Khas Warga Emas 2014.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 21 September 2015 ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah, di sini pada usia 92 tahun dan meninggalkan seorang balu, Puan Sri Khatijah Ahmad, 87; sembilan anak, 40 cucu dan 20 cicit serta jenzahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majid Halim Shah, Seberang Pantai Johor.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman