Tan Sri Senu Abdul Rahman



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
tan-sri-senu-abdul-rahman.png  Nama :  Tan Sri Senu Abdul Rahman
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sains Politik
 Tempat Lahir :
 Jitra
 Daerah Asal :
 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Senu Abdul Rahman kelahiran Jitra pada 10 Oktober 1919. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra,1927. Kemudian ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau kemudian melanjut pelajaran ke University of California dan lulus Sarjana Muda Sains Politik, 1948 dan Sarjana Sastera ( Sains Politik), 1954.

Memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi,1939 kemudian menjadi pegawai penerangan dan menyertai politik sehinggalah di lantik sebagai menteri dan duta. Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO (1969), menjadi Duta Malaya yang pertama ke Indonesia dan Duta Besar Malaya yang pertama ke Germany dan juga Menteri Penerangan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1966 hingga 1968.

Sebagai seorang penjuang dan pencinta ilmu beliau sanggup meninggal keluarga dan menjadi kelasi kapal untuk membolehkan beliau ke Amerika. Beliau menuntut selama 7 tahun di Amerika dengan dayausaha sendiri melalui kerja sambilan sehinggalah berjaya kembali dengan ijazah. Sementara itu ketika menjadi pegawai penerangan mereka pernah mementaskan drama "Aku Berdosa" dan "Salah Pedoman" di Alor Setar.Bersama 11 teman lain, Beliau telah menghasilkan buku " Revolusi Mental", 1970 yang sering menjadi bahan diskusi dalam dunia Melayu.

Buku Revolusi Mental dihasilkan bersama 11 penulis lain. Rancangan ini telah dibukukan oleh Datuk Ali Haji Ahmad, Haji Hamzah Alang dan HajiAbdullah Ahmad Badawi dan Prof Datuk Dr Taib Osman pada tahun 1970 dan dicetak 3000 naskah pada 1971. Tujuan buku ini sebagai langkah Pemuda dalam menyedarkan orang Melayu mengenai masa depan mereka dalam sebuah negara yang baru mendeka. Buku ini mengandungi penyelidikan mengenai kedudukan orang Melayu termasuk bilangan mahasiswa mengikut kaum di UM pada 1968.

Senu menerima Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) (1973) yang membawa gelaran 'Datuk'. Beliau juga menerima gelaran Datuk dari Sultan Kelantan (1980-an). Panglima Mangku Negara (P.M.N) (1988) oleh Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran 'Tan Sri' pada 1988.

Senu Abdul Rahman meninggal pada 16 Jun 1995 dan dikebumikan di Ampang Jaya. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Fatimah Abdullah, enam anak perempuan dan dua anak lelaki serta 16 cucu.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman