Tan Sri Azizan Abdul Razak



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
tan-sri-azizan-abdul-razak.jpg  Nama :  Tan Sri Azizan Abdul Razak
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Undang-undang Syariah
 Tempat Lahir :
 Yan
 Daerah Asal :
 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Azizan Abdul Razak kelahiran Yan pada 25 Oktober 1944. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Kemudian ke Maktab Mahmud 1959-1965. Melanjut pelajaran ke AlAzhar dalam bidang Syariah. Kemudian dalam bidang undang-undang Ke University of Kent, Canterbury, United Kingdom.

Beliau pernah mengajar di Maktab Mahmud, 1956. Beliau kemudian menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia hingga menjadi Ketua Jabatan Syariah. Beliau juga mengajar di UIAM dan Mindanao State University . Ini membuat beliau boleh berbahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Filipina. Beliau juga aktif politik menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dan menjadi Menteri Besar Kedah ke 10 pada pilihanraya 2008. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah

Sebagai ilmuan beliau banyak mengkaji mengenai undang-undang. Antara penulisan beliau " Conflict Resolution" mengikuti undang-undang sivil dan syariah. "Islamic Law Jurisprudence" " "Syariah, Adat and Common Law Among Maranoe Southern Philipine" . Beliau menguasi Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab juga menguasai Bahasa Filipina. Beliau terlibat dalam pelbagai persidangan antarabangsa dan banyak membuat pembentangan.

Beliau diangerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK), 2008 dan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), 2013. Beliau mengidap penyakit kencing manis dan telah menjalani pembedahan pintasan jantung. Tan Sri Azizan telah kembali ke rahmatullah pada 26 September 2013 di Hospital Sultanah Bahiyah ketika berusia 69 tahun. Jenazah di solatkan Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena dan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman