Syeikh Ismail Haji Mohamad Salleh



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
syeikh-ismail-haji-mohamad-salleh.png  Nama :  Syeikh Ismail Haji Mohamad Salleh
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kubang Pasu
 Daerah Asal :
 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Sheikh Ismail Haji Mohamad Salleh kelahiran Kubang Pasu pada 22 Februari 1894. Mendapat pendidikan awal dari bapanya di Pondok Pulau Pisang. Beliau seterusnya melanjut pengajian di Mekah bersama bapanya pada tahun 1911 untuk menyambung pengajian di Masjidil Haram. Beliau kemudian ke Al Azhar pada 1927 selama lima tahun hingga berjaya mendapat Ijazah Aliahtul Qarbak.

Beliau kembali ke Kedah pada 1934 dan mengajar di Pondok Pulau Pisang . Beliau seterusnya dilantik Pemeriksa Sekolah Agama disusuli sebagai Kadi Besar Kedah pada tahun 1937 selama dua tahun. Pada tahun 1939- 1945 beliau menjadi Pengerusi Majmak Syeikhul Islam Negeri Kedah serta terlibat dalam penubuhan Jabatan Zakat. Ketika pemerintah Jepun beliau berusaha mempertahankan kedaulatan Islam yang disuarakan sebagai wakil pertubuhan Islam Tanah Melayu pada 5 April 1943 di Singapura.

Sebagai ilmuan beliau banyak menulis mengenai peraturan sekolah masa itu. Antara kitabnya Hidayat An- Nafus dan Tarbiyat Ul Auladiyah. Sementara Kitab Tarbiyah Auladiyah pula menerangkan kebaikan Islam sebagai satu cara hidup ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sheikh Ismail meninggal dunia pada 30 September 1945 ketika berusia 51. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan Masjid Pulau Pisang berhampiran kubur ayah dan nendanya.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman