Salleh Musa



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
salleh-musa.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Salleh Musa

 Sosio Budaya

 Agama

 Pekan Sik

 Sik

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Salleh Musa kelahiran Sik, pada tahun 8 Disember 1929. Bersekolah di Sekolah Rendah Sik dan kemudian ke Pondok Tuan Hussain, Kedah; Pondok Mohd Nawawi, Gurun dan Pondok Pak Cu Him, Gajah Mati, Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah. Beliau mendapat Sijil Kepujian Aliy' dan menuntut dengan ramai ulama besar di Masjidil Haram antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.

Sekembali dari Mekah pada tahun 1964 beliau menyertai pondok bapanya di Sik; Madrasah Ar Rahmaniah. Beliau telah berdakwah di seluruh Negeri Kedah dan dianugerahi Tokoh Pendakwah Kedah, 2009, Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2010 dan diiktiraf sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik, 2011. Beliau juga dianugerahi pingat B.K.M dan S.D.K. Beliau merupakan seorang tokoh ulama ternama Negeri Kedah khususnya dalam bidang Tauhid yang menjadi rujukan seluruh Nusantara.

Haji Salleh Musa kembali ke rahmatullah pada 22 Julai 2016 di Hospital Sultanah Bahiyah pada usia 87 tahun akibat sakit tua dan meninggalkan 11 orang anak dengan isterinya arwah Hatiah Hanafi dan kemudian dengan Sofiah Hj Awang. Jenazah beliau disembahyangkan oleh 5000 orang di Madrasah Ar-Rahmaniah, Seberang Pekan Sik.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman