Omar Zuhdi Salleh



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
omar-zuhdi-salleh.jpg  Nama :  Omar Zuhdi Salleh
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa,Kelantan
 Daerah Asal :
 Baling

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Omar Zuhdi Salleh kelahiran Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1919. Beliau mula mengaji dengan Haji Ghani, Pulau Berangan sebelum ke Pondok Pisang, Kelantan berguru dengan Haji Ali Solahuddin ketika berusia 12 tahun.

Kemudian pada usia 17 tahun beliau ke Kedah menuntut di Pondok Pak Cu Him, Pendang, Pondok Haji Long Cemara, Jeniang selama setahun, Pondok Osman Jalaluddin,Penanti dan Pondok Haj Yahya Taha dikenali Yayasan Al Khairiah, Kpg Pisang , Baling. Sepanjang pengajian beliau sering kelaparan dan terpaksa kerja mengambil upah untuk membiayai pengajiannya sendiri. Beliau kemudian berkahwin di Baling sebelum menyambung pengajian ke Mekah.

Ketika di Mekah beliau menuntut dengan 10 ulama ternama antaranya ialah Sheikh Ali Maliki, Sheikh Moktar Ator, Syeikh Hasan Maysat, Sheikh Almi dan ulama berasal dari tanah Jawa iaitu Sheikh Afnan dan Sheikh Kodir. Ketika itu beliau diberi gelaran Zuhdi atasi sifat zuhudnya oleh seorang gurunya Abdul Rahman Jabad. Sekembali dari Mekah beliau membangunkan pondok Madrasah Misbahul Falah di Banggol Berangan, Lanai, Kupang, Baling pada tahun 1958. Pada tahun 1982 terdapat 500 pondok ada di situ.

Beliau telah mengabdi diri untuk mengajar pagi, petang dan malam. Masa senggang diguna menyambut tetamu dan merujuk kitab. Kini terdapat Masjid dan Sekolah Rendah Islam telah mengambil sempena nama Omar Zuhdi. Beliau telah meninggal pada tahun 24 Disember 1994 dan di kebumikan di Parit Panjang.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman