Niamat Yusuf



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
niamat-yusuf.png  Nama :  Niamat Yusuf
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kepala Batas, Seberang Perai
 Daerah Asal :
 Pokok Sena, Kedah

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Syeikh Niamat Yusuf pengasas Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang, Pokok Sena. Beliau lahir di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22 Februari 1940. Mula mengaji dengan bapanya seorang guru pondok. Bersekolah di Sekolah Melayu Siputih, 1947 dan Sekolah Melayu Gajah Mati (Derang), 1949. Seterusnya ke Madrasah At Tarbiyah Al- Auladiyah dan Maktab Mahmud, 1950.

Kemudian melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar pada tahun 1964. Beliau menjadi guru di Maktab Mahmud 1962. Pada tahun 1981, beliau telah meletak jawatan untuk mengasaskan Maahad Tarbiah Islamiyah, Derang, Pokok Sena. Beliau juga aktif sebagai penulis dan telah menghasilkan sajak, cerpen dan drama dibawah nama pena " Niamaty". Beliau terlibat dalam Badan Seni Seri Budaya Kedah, dalam GATRA dan ASASI.

Mula menulis sejak berusia 17 tahun dengan tulisan termuat dalam majalah dan akhbar. Pada tahun 1958 tulisan beliau mula tersiar dalam majalah Mastika. Dari tahun 1957 hingga 1960, beliau telah menghasilkan 50 buah sajak, 5 buah cerpen dan 2 buah cerpen terjemahan, beberapa artikel tentang sejarah dan 2 buah drama. Selepas itu beliau cenderung menulis artikel yang menyentuh persoalan agama, falsafah, sejarah dan pendidikan seterusnya bercorak dakwah dan tarbiyah sehinggalah ke saaat terakhir kehidupan beliau.

Disamping itu beliau aktif dalam ABIM, PERKIM dan Persatuan Ulama Kedah serta pernah aktif dalam politik PAS. Beliau juga telah melawat beberapa negara untuk memperkukuh rangkaian dakwahnya. Beliau telah diberi pengiktirafan dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah, 1989. Ustaz Niamat telah kembali ke rahmatullah di Hospital Alor Setar pada 28 Ogos 2004 meninggal isteri Puan Khadijah (Bashariah) Othman dan isteri kedua Puan Engku Faizah Engku Mohsin dengan 14 orang anak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman