Muhamad Salleh Hashim



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
muhamad-salleh-hashim.png  Nama :  Muhamad Salleh Hashim
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kampong Pulau Pisang, Tunjang, Jitra
 Daerah Asal :
 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Muhamad Salleh Haji Hashim kelahiran Kampong Pulau Pisang, Tunjang, Jitra pada tahun 1864. Beliau mengaji di pondok datuknya Haji Ishak Muhamad Hashim di Pulau Pisang. Setelah itu beliau menyambung pengajian di Mekah selama 15 tahun 1879-1894. Haji Muhammad Salleh berjaya menguasai Ilmu Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf, Tafsir, Hadis dan ilmu bantu seperti Nahu dan Saraf dengan cekap. Beliau pulang ke Kedah ketika berusia 30 tahun.

Bila balik dari Mekah sebagai orang alim, terus mengajar di Pondok Pulau Pisang. Beliau menjadi ulama yang di hormati dan mengarang beberapa kitab antaranya A Sirajul-huda, Tanbihul-Awam Listiqadzil-Mana dan Nasihatuddin Azzakiyah. Namun begitu, semua kitab karangan beliau tidak bertahan lama kerana telah musnah dalam peristiwa kebakaran di pondok tersebut.

Setelah berbakti selama 50 tahun mengembangkan ajaran Islam di pondok Pulau Pisang Beliau meninggal pada tahun 1944 pada umur 80 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman