Muhamad Said Muhamad Taib



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
muhamad-said-muhamad-taib.png  Nama :  Muhamad Said Muhamad Taib
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Anak Bukit
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Muhamad Said bin Muhamad Taib kelahiran Anak Bukit pada 1877 terkenal sebagai Tuan Haji Muhamad Said Yan. Mendapat pendidikan dari Pondok Haji Mat Tamin, Anak Bukit. Kemudian ke Sekolah Agama Hamidiah, Limbong Kapal, A. Setar dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Mekah.

Sekembalinya ke Kedah beliau mengajar agama di Titi Bakong, Yan. Kemudian dilantik menjadi Kadi Daerah Kuala Nerang, Kuala Muda dan Yan. Beliau meletak jawatan sebagai kadi dan kembali ke Titi Bakong setelah berkahwin kali ke tiga dan sebelumnya berkahwin dngan Che Dun. Beliau mahir merawat orang sakit terkenal sebagai seorang tabib. Disamping itu menjadi penerbit akhbar Melayu pertama di Kedah "Nun" pada 1926- 1932.

Beliau menulis dan menerbit risalah sebagai media dakwah dalam bentuk buku kecil dan dicetak dalam tulisan jawi yang mengandungi di antara 18 hingga 32 muka surat.. Beliau menulis 12 risalah antaranya k 'Risalah Banyak-Banyak Syukur', 'Risalah Bicara Tertib Puasa Ramadan' dan 'Risalah Jika Tiada Hendak Sembahyang, Apakah Hendak Jadi?". Risalah-tersebut dicetak mulai tahun 1951 hingga tahun 1958 termasuk "Perbendaharaan Mastika Bicara Asmaul-Husna", "Syirah Bardah", "Selusuh Memudahkan Perempuan Beranak", "Wirid-wirid Am", "Kucing Bertuah", "Talqin Bahasa Jawi", "Pati Rahsia", "Risalah Bunga Raya" dan "Mengapa Engkau Tidak Sembahyang?".

Tuan Haji Muhammad Said meninggal dunia di Titi Bakong, Yan pada tahun 1962 dalam usia 85 tahun dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Yan, Kedah
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman